Muezza UiTM Shah Alam
Mini Tournament Development 2026
Sabtu, 17 Oktober 2026 · Padang Hoki Seroja, UiTM Shah Alam
Anak anda akan bertanding macam kejohanan sebenar: ada hakim, ada kad skor, ada had masa.
Program telah berlangsung pada 17 Oktober 2026. Terima kasih kepada semua!
Program cawangan, bukan program HQ. Mini Tournament Development 2026 ialah program cawangan Muezza UiTM Shah Alam. Segala urusan, termasuk pendaftaran, bayaran, busur dan hari program, dikendalikan oleh Coach Firdaus dan Coach Faiz, coach cawangan UiTM Shah Alam, bukan HQ Muezza.

Apa berlaku pada hari tersebut
Pagi dimulakan dengan pengesahan kehadiran di kaunter, pemeriksaan peralatan dan taklimat keselamatan.
Pusingan kelayakan
Setiap peserta menembak 72 anak panah (2 set, 6 end, 6 anak panah setiap end), dicatat dalam kad skor dan disemak hakim.
Pusingan kalah mati
Sistem set: setiap end, setiap pemanah menembak 3 batang anak panah. Jumlah lebih tinggi dapat 2 mata, seri 1 mata seorang. Maksimum 5 end, dan pemanah yang mendapat 6 mata atau lebih dikira pemenang. Jika seri 5–5, satu anak panah shoot-off menentukan pemenang.
8 orang terbaik setiap kategori dan kumpulan akan bertanding pada pusingan kalah mati petang nanti. Carta diumumkan sebelum rehat tengah hari, jadi tunggu pengumuman rasmi daripada DOS (pengarah pertandingan) di padang. Hari ditutup dengan penyampaian keputusan.

Kategori
| Kategori | Umur | Jarak | Saiz target |
|---|---|---|---|
| A | 12 tahun ke atas · sekolah menengah pada 2027lahir 2014 dan sebelum | 30 m | 80 cm, 10 ring |
| B | 11 tahun ke bawah · sekolah rendah pada 2027lahir 2015 dan selepas | 20 m | 80 cm, 10 ring |
Setiap kategori dibahagi lelaki dan perempuan, dengan tempat terhad mengikut bilangan target di padang. Kod dalam jadual: A: RU18M (lelaki), RU18W (perempuan); B: RU12B (lelaki), RU12G (perempuan). Lihat senarai peserta
Yuran penyertaan
| Pelajar Muezza UiTM Shah AlamModul Intermediate atau MDP | RM10 |
|---|---|
| Bukan pelajar Muezza UiTM Shah AlamPeserta luar: pemanah dari kelas atau kelab lain, bawa busur sendiri | RM35 |
Persediaan MSSD 2027
Kategori ditentukan mengikut tahap sekolah anak pada 2027. Pelajar yang berumur 12 tahun tahun ini akan ke sekolah menengah tahun depan, jadi mereka sengaja dicabar dalam Kategori A.
Pusingan kelayakan kita 72 anak panah, sama dengan MSSD (36 + 36), dan pusingan kalah mati guna sistem set. Bezanya, kita menembak pada satu jarak dengan sasaran 80 cm, lebih dekat daripada MSSD. Baca tentang jarak dan format MSSD

Jadual
Tentatif, mungkin berubah sedikit.
- Latihan
- Pusingan kelayakan
- Pusingan kalah mati
| 7:30 pagi | Semua kaunter dibuka: sahkan kehadiran dahulu; pengagihan busur cawangan bermula |
|---|---|
| 8:00 pagi | Pemeriksaan peralatan dan taklimat keselamatan |
| 8:45 pagi | Latihan: Latihan Sesi 1: RU18M dan RU12G (2 end) |
| 9:00 pagi | Pusingan kelayakan: Pusingan kelayakan set pertama (end 1–6), Sesi 1: RU18M dan RU12G, hingga 10:10 |
| 10:15 pagi | Latihan: Latihan Sesi 2: RU18W dan RU12B (2 end) |
| 10:30 pagi | Pusingan kelayakan: Pusingan kelayakan set pertama (end 1–6), Sesi 2: RU18W dan RU12B, hingga 11:40 |
| 11:45 pagi | Pusingan kelayakan: Pusingan kelayakan set kedua (end 7–12), Sesi 1, hingga 12:55 (tanpa latihan) |
| 12:55 t/hari | Rehat, makan, solat Zohor ikut sesi, hingga 3:00: Sesi 1 selepas set kedua; Sesi 2 semasa Sesi 1 menembak (11:45 – 1:00) dan selepas 2:10 |
| 1:00 petang | Pusingan kelayakan: Pusingan kelayakan set kedua (end 7–12), Sesi 2, hingga 2:10 (tanpa latihan) |
| 3:00 petang | Latihan: Latihan kalah mati (2 end) |
| 3:15 petang | Pusingan kalah mati: Kalah mati 1/4
|
| 4:15 petang | Pusingan kalah mati: Kalah mati 1/2, hingga 4:35 |
| 4:45 petang | Pusingan kalah mati: Bronze Final, hingga 5:10 |
| 5:20 petang | Pusingan kalah mati: Gold Final (semua kategori serentak), hingga 5:45 |
| 5:45 petang | Penyampaian keputusan dan penutup |
Pada hari tersebut, ikuti markah di Keputusan.
Sokongan ibu bapa
Ibu bapa boleh menyokong program ini dengan membeli baju program, bertugas sebagai pengira markah Kategori B, meminjamkan atau menyewakan khemah, kerusi atau sistem PA, atau memberi sumbangan wang, tenaga atau makan minum. Kami mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan.
Vendor

Fuyo Archery akan membuka gerai peralatan memanah pada hari program, di hadapan blok tandas. Lihat kedudukannya dalam peta padang di bahagian Lokasi.
Lokasi
Padang Hoki Seroja, UiTM Shah Alam, padang latihan mingguan kelas Muezza.
- 1Kaunter pendaftaran (gazebo padang hoki)
- 2Target 1–5 pada 30 m (Kategori A), 6–9 pada 20 m (Kategori B). Tiada laluan di belakang target
- 3Garisan menunggu, 3 m di belakang garisan menembak
- 4Kawasan peralatan, 3 m terakhir padang
- 5Khemah DOS (pengarah pertandingan dan hakim)
- 6Vendor peralatan: Fuyo Archery, di hadapan blok tandas
- 7Kaunter peralatan
- 8Pejabat dan tandas
- PParking Kolej Seroja 3 (utara) atau Kolej Seroja 1 & 2 (timur); ikut garisan biru putus-putus. Dari Kolej Seroja 3: ke kiri, kemudian terus turun ke gazebo pendaftaran. Dari Kolej Seroja 1 & 2: turun tangga di hadapan kaunter peralatan (7), kemudian lalu belakang hujung padang ke gazebo pendaftaran.
Satu garisan menembak untuk semua; butt target diletak pada jarak kategori masing-masing. Pemanah yang menunggu giliran dan penonton di sekitar padang dan astaka. Tiada surau di padang; solat di Masjid UiTM berhampiran. Lakaran kasar, ukuran anggaran.

Soalan lazim
Bila tarikh akhir pendaftaran?
Borang pendaftaran ditutup pada 15 Oktober 2026. Selepas itu, hubungi coach atau admin.
Siapa boleh bertanding?
Pelajar Muezza UiTM Shah Alam Modul Intermediate dan MDP (yuran RM10), dan peserta luar dari kelas atau kelab lain (yuran RM35). Tekan Daftar di sini dan pilih jenis peserta. Borang peserta luar
Kenapa anak saya yang berumur 12 tahun masuk Kategori A?
Kerana pada 2027 dia akan bersekolah menengah dan bertanding dalam MSSD bawah 15. Kami mula biasakan dia dengan cabaran tahap tersebut. Tentang jarak dan format MSSD
Bagaimana kategori anak saya ditentukan?
Ikut tahun lahir, cara MSSD: umur = 2026 tolak tahun lahir. Borang pengesahan kira kategori terus sebaik tarikh lahir diisi. Lelaki dan perempuan bertanding dalam kumpulan berasingan.
Anak saya tiada busur sendiri.
Pelajar Modul Intermediate yang belum ada busur boleh pilih busur cawangan dalam borang pengesahan. Busur cawangan terhad, jadi pelajar yang sudah ada busur digalakkan menggunakan busur sendiri. Busur cawangan diagihkan mulai jam 7:30 pagi. Peserta luar perlu membawa busur sendiri.
Apa perlu dibawa dan dipakai?
Bawa botol air dan kain lap. Pakai pakaian sukan lengkap: kasut bertutup penuh, dan bukan seluar jeans.
Bagaimana jika cuaca buruk?
Pertandingan akan ditangguhkan sekiranya hujan lebat disertai kilat dan angin terlalu kuat. Tarikh ganti akan dimaklumkan selepas keputusan perbincangan.
Di mana nak letak kereta?
Di parking Kolej Seroja 3 atau Kolej Seroja 1 & 2, kemudian jalan kaki ke kaunter pendaftaran di gazebo padang hoki. Laluan ada dalam peta di bahagian Lokasi.
Apa jadi jika kategori sudah penuh?
Tempat terhad mengikut bilangan target di padang, berbeza bagi setiap kategori dan jantina, dan dikira mengikut siapa daftar dahulu. Selepas penuh, pendaftaran masuk senarai menunggu (tiada bayaran) dan kami maklumkan jika ada tempat kosong.
Di mana nak tengok markah?
Kedudukan pusingan kelayakan dikemas kini terus di halaman Keputusan sepanjang hari. Kad skor kertas kekal sebagai rekod rasmi.
Orang awam boleh datang?
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis lagi.