MTD2026

Sokong program ini

Program ini memberi pemanah muda pengalaman kejohanan sebenar: hakim di garisan, had masa setiap end dan kad skor rasmi. Kami mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan, besar atau kecil.

Cara menyokong

Beli baju program

Pembelian baju membantu pelaksanaan program. Harga termasuk cetakan nama. Para petugas memakai baju ini pada hari program, dan tempahan masih dibuka hingga 20 Oktober 2026.

Tempah baju

Jadi pengira markah Kategori B

Pemanah Kategori B (bawah 12 tahun) tidak mengisi markah sendiri. Ibu bapa boleh bertugas sebagai pengira markah di target, mencatat markah setiap anak panah pada kad skor dan telefon.

Pinjamkan atau sewakan peralatan

Ada khemah, kerusi atau sistem PA? Kami boleh pinjam atau sewa untuk hari program.

Sumbangan wang, tenaga atau makan minum

Sumbangan wang, bantuan tenaga pada hari program (contohnya urus pendaftaran, bantu di garisan atau angkat peralatan), atau makanan dan minuman untuk peserta dan petugas.

Untuk mana-mana bantuan di atas, hubungi Coach Firdaus supaya kami boleh atur bersama.

WhatsApp Coach Firdaus

Ke mana dana pergi

1. Kos operasi program

2. Jika dana mencukupi

Selepas kos operasi ditampung.

Penganjur: Narrativ 8 Creative and Communications (003736364-A). Semua urusan baju dan sumbangan dikendalikan oleh penganjur.